Kanak-kanak autism dikhuatiri hilang di Tamparuli

TUARAN – Seorang kanak-kanak lelaki autism dikhuatiri hilang di kawasan belakang Pejabat Daerah Tamparuli, di sini pada Ahad.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf berumur 5 tahun belum ditemukan sehingga hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 1.52 petang.

Katanya, BBP Tuaran menerima panggilan kecemasan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tamparuli berkenaan kejadian itu.

“Setibanya di lokasi pada pukul 2.13 petang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama dilakukan pasukan bomba dalam radius pencarian 300 meter (m) dari mangsa dilaporkan hilang.

“Pencarian juga dilakukan dengan bantuan anjing pengesan K9,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Mohamad Nor, pada pukul 8.50 malam operasi SAR disambung semula oleh pasukan bomba.

“Pasukan bomba bersama Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) dibantu oleh BBP Kota Kinabalu, BBP Lintas serta BBP Putatan dalam operasi berkenaan.

“Pencarian kemudian diteruskan dalam radius jarak pencarian diperluaskan dan dibahagikan kepada dua sektor daripada lokasi akhir mangsa yang dikenal pasti.

“Mangsa masih belum ditemukan, walau bagaimanapun maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian