Jaga kestabilan untuk kekalkan daya saing Malaysia – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat Malaysia harus mengutamakan mengekalkan kestabilan negara untuk menghadapi cabaran global secara berkesan, memastikan daya tahan dan daya saing negara.

Anwar berkata, langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini mengenakan tarif ke atas beberapa rakan dagang menjadi peringatan tentang kepentingan mengekalkan kestabilan negara.

“Donald Trump menetapkan tarif menggemparkan. Kita dikenakan 24 peratus, ada negara 50 peratus, Indonesia dan Thailand 30 peratus.

“Jadi apa yang kita lakukan? Ia mengingatkan kita, kita kena siap jaga rumah tangga kita kena betul. Negeri kita, ekonomi kita supaya bila ada malapetaka yang menimpa, kita dapat bertahan.

“Ini yang disebut daya tahan supaya kita ada daya saing,” katanya berucap pada Majlis Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak di Stadium Perpaduan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, untuk mencapai kestabilan negara, rakyat perlu bersyukur dengan nikmat yang dikecapi, termasuk kerajaan yang terbuka untuk mendengar kebimbangan orang ramai dan terus berusaha menambah baik tadbir urus.

“Syukur ini penting. Kadang-kadang kita dapat manfaat, kita anggap semuanya biasa sahaja sedangkan hakikatnya tidak begitu.

“Kadang-kadang kita lupa bersyukur. Jangan kita kufur menolak nikmat Tuhan. Kalau kita menolak, asyik maki, asyik marah, asyik tak kenang budi, itu bahaya, takut azab yang pedih akan menimpa kita.

“Sistem politik Sarawak stabil, pimpinannya mempunyai wawasan, tegas dan mempunyai idea untuk sentiasa menimba pengalaman baharu mencungkil bakat keupayaan.

“Selain itu, Sarawak memberi sumbangan yang besar dan di semua negara saya kunjungi, baik Eropah, China, Jepun apa lagi ASEAN, justeru saya sebut Sarawak berpotensi besar sebagai hab tenaga rantau ini,” katanya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Sarawak atas kerjasamanya dalam memastikan kejayaan sambutan Aidilfitri Madani, yang bertujuan untuk meraikan sambutan perayaan bersama rakyatnya.

Turut hadir, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok