Jangan lengahkan projek pembangunan sekolah di Sarawak – PM

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar projek pembangunan sekolah di Sarawak tidak dilengahkan lagi.

“Pembinaan sekolah baru baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah jangan dilengahkan lagi.

“Ini termasuk pembangunan baru semula atau projek pembangunan sekolah baru di Sarikei, Daro, Sri Aman dan Saratok.

“Jadi, saya memohon projek sekolah ini disegerakan demi kesejahteraan rakyat keseluruhan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Sarawak di Stadium Perpaduan pada Sabtu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan sebanyak 1,175 projek pembangunan semula sekolah daif diluluskan sebanyak RM12.47 bilion sejak 2016 hingga kini.

“Daripada jumlah tersebut, 228 projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak.

KPM sentiasa memastikan akses pendidikan  terbaik dapat disediakan demi manfaat pelajar di seluruh negara.

Kredit: Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak