Sultan Pahang mahu pencerobohan tanah haram dinoktahkan

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, musuh utama di Pahang bukan sekadar dadah dan penjenayah tetapi aktiviti pencerobohan tanah haram di negeri itu.

Titah baginda, sebanyak 14,494.908 hektar tanah kerajaan diceroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian dan pelbagai hasil bumi.

“Lebih malang, 5,997.09 hektar hutan simpanan kekal (HSK) juga diceroboh kononnya atas nama pertanian, tetapi hakikatnya perompakan terbuka terhadap harta negeri.

“Masalah ini bukan baru bermula semalam, ia berakar sejak lebih empat dekad lalu dan ia berlaku tanpa pengetahuan beta.

“Namun, bukan niat beta untuk mengungkit kisah lama atau menambahkan kekusutan. Kita tidak mahu terus dibelenggu bayang-bayang masa silam.

“Sebaliknya, kita berhasrat menoktahkan kemelut pencerobohan tanah secara haram ini. Biarlah kisah lalu itu menjadi pengajaran.

“Jika ada unsur rasuah, salah guna kuasa atau pengkhianatan terhadap amanah, biarlah Allah SWT yang maha adil, menentukan dan menjatuhkan hukumnya,” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, menjadi hasrat dan pendirian bersama sebagaimana dipersetujui kerajaan negeri untuk membuka lembaran baharu dengan pendekatan lebih mampan, adil dan menyeluruh.

Titah baginda, pendekatan yang tidak sekadar menghukum tetapi juga membina yang tidak hanya menamatkan pencerobohan, tetapi memulihkan semula maruah undang-undang serta menjana hasil kepada tanah negeri.

“Beta amat berbangga dan menzahirkan penghargaan atas usaha kerajaan negeri bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) yang mula mengambil tindakan tegas di lapangan termasuk membuat tangkapan, memotong pokok-pokok yang ditanam secara haram dan menutup lombong yang dibuka tanpa rasa malu dan takut.

“Seiring dengan keputusan kerajaan negeri juga, beta ingin menegaskan bahawa tidak akan ada sebarang kelulusan baharu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mana-mana permohonan tanah yang diceroboh secara haram,” titah baginda.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April