Jubli Perak lambang kesetiaan rakyat, keteguhan institusi beraja Perlis

ARAU – Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail disifatkan sebagai lambang kesetiaan rakyat dan keteguhan institusi beraja negeri Perlis.

Titah baginda pada Majlis Santapan Diraja di Istana Arau malam tadi menyentuh keikhlasan dan sokongan padu semua pihak terhadap baginda sejak dimasyhurkan sebagai Raja Perlis pada 17 April 2000.

“Sambutan Jubli Perak ini akan menjadi lembaran penting dalam sejarah negeri Perlis sebagai saksi kesetiaan rakyat dan keteguhan sistem beraja yang menjadi tunjang kedaulatan negeri di bawah naungan beta,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, sepanjang 25 tahun memerintah, baginda menjadi payung negeri yang menaungi seluruh hal ehwal pentadbiran, agama Islam dan pembangunan demi kesejahteraan rakyat jelata.

Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan yang bersama-sama menjayakan sambutan yang penuh bersejarah itu.

Titah baginda, perjalanan memerintah selama suku abad itu bukanlah laluan mudah kerana ia diwarnai pelbagai cabaran, pengorbanan dan pengalaman berharga.

“Segala amanah ini perlu dilaksanakan dengan kasih dan dedikasi terhadap negeri keputeraan beta,” titah baginda dengan penuh rendah diri.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri, kerabat diraja serta tetamu kehormat yang berangkat dan memeriahkan majlis berkenaan.

Baginda menyifatkan kehadiran para pembesar dan tetamu itu sebagai tanda penghormatan terhadap institusi diraja dan kebesaran negeri Perlis yang kekal berdaulat.

Majlis Santapan Diraja tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan delegasinya sekaligus menunjukan keakraban hubungan dua istana tersebut.

Dalam titahnya, Tuanku Syed Sirajuddin turut menzahirkan rasa syukur atas usia dan kesihatan yang baik yang membolehkan baginda menyempurnakan tanggungjawab sebagai raja pemerintah Perlis hingga ke hari ini.

“Beta terus berdoa agar dikurniakan kekuatan, kesihatan dan kebijaksanaan untuk menjalankan amanah sebagai raja negeri ini,” titah baginda.

Baginda turut mendoakan agar semua tetamu yang hadir dirahmati Allah dan dipermudahkan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

Tuanku Syed Sirajuddin juga menzahirkan doa agar negeri Perlis terus dilimpahi dengan rahmat, keamanan dan kemakmuran untuk dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Majlis gilang-gemilang itu sekali gus menzahirkan keutuhan hubungan antara rakyat, pemimpin negeri dan institusi diraja yang kekal menjadi tunggak kedaulatan negeri Perlis.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion