‘Tuduhan liar, fitnah jadi darah daging pembangkang’ 

TAPAH – Menabur fitnah terhadap Barisan Nasional (BN) sudah menjadi darah daging kepada Perikatan Nasional (PN), semata-mata mahu mencipta persepsi buruk terhadap kerajaan demi mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penafian penduduk di Kampung Tanjung Keramat terdapat penternakan ladang babi haram ‘membogelkan’ tuduhan pembangkang dalam menjatuhkan reputasi calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir.

“Itu (tuduhan PN ladang babi haram) memang menjadi darah daging mereka, memfitnah dan juga membuat tuduhan liar. Jadi kita orang sebagai pengundi dan juga penduduk di sini faham kawasan tempatan mereka, orang (Kampung) Tanjung Keramat sendiri pun tahu bahawa itu tidak benar.

“Jadi, jangan terperangkap dengan fitnah-fitnah sebegini yang nak memainkan isu sentimen-sentimen, sehingga boleh menyebabkan kegusaran serta keresahan kepada masyarakat,” katanya kepada media selepas mengadakan kempen rumah ke rumah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Batu Masjid, pada Jumaat yang turut dihadiri oleh Mohamad Yusri.

Mengulas lanjut, Mohamad menegaskan, orang ramai diingatkan tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tomahan yang dilemparkan pemimpin pembangkang terhadap kerajaan, lebih-lebih lagi ketika kempen pilihan raya pada kali ini.

Jelasnya, pembangkang bukan hanya timbulkan soal isu perkauman malah mengelirukan rakyat berkenaan isu tersebut, demi meraih sokongan, khususnya pengundi Melayu.

“Ini negara memiliki undang-undang, Jadi, kalau beroperasi tanpa lesen, kerajaan negeri perlu ambil tindakan, tapi saudara (wartawan) kata dia beroperasi pun secara berlesen dan ikut prosedur. Jadi, saya tak yakin bahawa ini akan menjadi masalah bagi orang tempatan.

“Jangan kita dengar tuduhan dan fitnah sebegini kerana ia akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat yang menggunakan agama serta kaum tidak boleh, Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan negara yang berundang- undang,” katanya.

Terdahulu, Hafez Sabri ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mendedahkan terdapat ladang babi beroperasi di Ayer Kuning, lebih-lebih lagi di Kampung Tanjung Keramat yang majoritinya didiami masyarakat Melayu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi terbabit memberitahu, penduduk di kawasan berkenaan menyatakan ketidakpuashatian kerana isu tersebut masih belum diselesaikan sehingga kini.

Malah, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad menerusi sidang media pada Khamis turut memaklumkan pihaknya turut meminta kerajaan negeri mewajibkan penggunaan sistem penternakan moden yang tidak mengeluarkan bau susulan mendakwa penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari.

Bagaimanapun, penduduk di Kampung Tanjung Keramat menafikan terdapat ladang babi beroperasi di kawasan tersebut.

Berdasarkan pemerhatian The Malaysia Press (TMP), tiada ladang babi haram yang wujud di kampung tersebut, malah industri hiliran itu yang memiliki lesen telah menggunakan sistem penternakan moden dan berhawa dingin selain ditempatkan sejauh kira-kira tiga kilometer (km) dari penduduk setempat.

Malah, rata-rata penduduk menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad bahawa kewujudan ladang babi berlesen itu menyebabkan penduduk Ayer Kuning terpaksa berdepan bau busuk setiap hari.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok