PRU Singapura dilangsung 3 Mei

SINGAPURA – Singapura membubarkan Parlimennya pada Selasa, membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 negara itu yang dijadual berlangsung pada 3 Mei.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 23 April.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Presiden Tharman Shanmugaratnam, atas nasihat Perdana Menteri, Lawrence Wong membubarkan Parlimen.

PRU kali ini akan menyaksikan pemilihan 97 Ahli Parlimen (AP), meningkat berbanding 93 AP sebelum ini, selaras dengan cadangan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya.

Lebih 2.75 juta rakyat Singapura layak mengundi pada PRU akan datang.

Sementara itu, Wong berkata, keputusan mengadakan PRU itu dibuat bagi membolehkan rakyat Singapura menentukan pasukan yang akan menerajui negara pada saat genting ketika dunia sedang mengalami perubahan besar.

“Keadaan dunia semakin tidak menentu, tidak stabil dan bergolak. Keadaan global yang telah membolehkan kejayaan Singapura selama beberapa dekad mungkin tidak lagi kekal.

“Itulah sebabnya saya mengadakan PRU ini. Pada detik kritikal ini, rakyat Singapura wajar menentukan pasukan yang akan memimpin negara dan merancang hala tuju kita bersama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ini adalah pilihan raya pertama buat Wong sebagai Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada Mei tahun lalu, menggantikan bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Beliau kemudian dilantik sebagai pemimpin parti pada Disember.

Minggu lalu, Wong mengumumkan beliau akan mempertahankan kerusi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee bersama barisan penyandang sedia ada – Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad; Datuk Bandar Daerah Barat Laut, Alex Yamsdan Hany Soh di GRC empat anggota itu.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji