Pas masih manipulasi fakta isu tauliah mengajar agama calon PN

TAPAH – Pas terus mempertahankan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, Abdul Muhaimin Malek dalam isu memanipulasi tauliah mengajar agama di Perak.

Sedangkan Yang Dipertua Pas Tapah itu tidak boleh mengajar atau bersyarah di masjid dan surau di Perak jika berjawatan politik, seperti digariskan dalam Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menyifatkan isu tauliah calon PN menyerlahkan lagi jasa Abdul Muhaimin dalam menyampaikan risalah ilmu kepada masyarakat di kawasan tersebut dan cuba memanipulasi fakta yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahaya berkata, Abd Muhaimin memiliki tauliah mengajar sejak tahun 2014 lagi sekali gus menafikan tohmahan yang dilakukan parti lawan.

“DUPP mengucapkan terima kasih kepada pihak lawan yang bersungguh-sungguh mempromosi calon PN sehinggakan tauliah yang dimiliki Ustaz Muhaimin ini diakui sah oleh pihak PDRM sendiri.

“Malangnya, masih ada alergik dengan asatizah yang berjuang di lapangan politik sehingga mereka sanggup menggunakan apa sahaja jalan untuk menjatuhkan beliau. Semoga Muhaimin terus cekal memimpin perubahan di Ayer Kuning insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Polis mengesahkan telah merekod keterangan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dirinya menipu dalam permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di negeri ini.

Jurucakap polis, Senior Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, rakaman percakapan Abdul Muhaimin, 44, yang merupakan Yang Dipertua Pas Tapah itu dijalankan ketika beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, kelmarin.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melarang individu berjawatan politik mengajar atau bersyarah di masjid dan surau di Perak, walaupun mempunyai tauliah.

Individu dilarang berbuat demikian ialah ahli yang memegang jawatan dalam parti politik; anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara; Ahli Dewan Undangan Negeri; bekas ahli politik yang aktif dalam kegiatan politik serta calon pernah bertanding dalam pilihan raya.

Pelaku berdepan hukuman denda maksimum RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 108 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.

Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah (Perak) 1992 pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah kerana mengajar pengajian Islam tanpa tauliah.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017