KPLB Sabah fokus tangani isu pelaksanaan Rumah Mesra SMJ

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) terus memberi perhatian serius terhadap sebarang isu berkaitan pelaksanaan Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) demi memastikan penyampaian perumahan rakyat berjalan lancar.

Menterinya, Datuk Jahid Jahim berkata, kementerian berusaha memberikan penjelasan menyeluruh berhubung persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepanjang sesi perbahasan, khususnya berkaitan Rumah Mesra SMJ.

“Setakat 8 April 2025, sebanyak 4,028 unit rumah atau 90 peratus daripada kuota tahun 2022 hingga 2024 telah siap dibina, manakala baki 454 unit lagi atau 10 peratus masih dalam pelaksanaan.

“Bagi kuota tahun 2025, projek masih berada di peringkat pra-pelaksanaan,” katanya ketika sesi penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16, di sini pada Rabu.

Mengulas mengenai dakwaan projek Rumah Mesra SMJ di kawasan DUN Lamag terbengkalai, Jahid menjelaskan pemantauan di lapangan mendapati projek berkenaan dalam proses pelaksanaan dan sebahagiannya telah siap.

“Pihak kementerian bersama Pejabat Daerah Kinabatangan dan Pejabat Daerah Kecil Sukau telah mengadakan lawatan pemantauan pada 22 Februari dan lawatan susulan pada 24 Mac 2025.

“Hasil lawatan mendapati pembinaan rumah di kawasan tersebut sedang berjalan, dengan 51 unit Rumah Mesra SMJ di DUN Lamag telah siap sehingga 8 April 2025. Antara punca kelewatan adalah disebabkan kekurangan tenaga kerja oleh kontraktor,” jelasnya.

Dalam masa sama, Jahid berkata pemilihan penerima rumah dilakukan berdasarkan kriteria ketat yang ditetapkan melalui Terma Rujukan (TOR) dan Garis Panduan Pelaksanaan Program Rumah Mesra SMJ.

“Antara syarat kelayakan adalah penerima mestilah tersenarai dalam sistem eKasih, OKU yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah (JPKANS), mangsa bencana alam atau pemilik rumah daif.

“Sekiranya wujud penerima yang tidak menepati syarat, kementerian akan melaksanakan siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan ketelusan program terjaga,” katanya.

Beliau turut menjawab cadangan berhubung pembinaan rumah atas air, yang disuarakan oleh ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung.

“Setakat ini, kementerian tidak membenarkan pembinaan rumah atas air, termasuk di kawasan laut, sungai dan tebing sungai.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan pengalaman lalu, apabila rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina atas air akhirnya mengalami kerosakan dan roboh akibat hakisan serta arus air,” ujar beliau.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM