Johor bakal lancar Polisi Hijau

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor komited dalam usaha meningkatkan kelestarian alam apabila bakal memperkenalkan Polisi Hijau seiring agenda Maju Johor 2030.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata, polisi berkenaan akan dibentangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Mei ini.

Polisi tersebut telah mendapat kelulusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hijau yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN) sedang menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan. Setelah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baharu kita akan lancarkan,” katanya pada sidang media yang turut dimuat naik dalam Facebook rasmi beliau selepas merasmikan Pratonton Media Ekslusif Asia EV Motion 2025 hari ini.

Ujar Tian Soon, Polisi Hijau itu merangkumi sasaran bagi mewujudkan sekurang-kurangnya 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.

“Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) harus mencapai satu angka sasaran dalam mempersiapkan stesen pengecas EV ini.

“Selain itu, polisi tersebut juga meliputi hala tuju bagi tenaga boleh baharu seperti ladang solar yang lokasinya telah dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan syarikat swasta untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri berkaitan teknologi terkini seperti Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART).

“Kita sangat menggalakkan syarikat yang berminat untuk memberikan pelbagai cadangan supaya pembangunan masa depan kita seiring dengan usaha kelestarian,” katanya.

Pada tahun lepas, Onn Hafiz dipetik berkata kerajaan negeri berhasrat membangunkan sistem ART bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.

ART ialah sistem transit pengangkutan penumpang bandar menggunakan teknologi canggih seperti sensor yang boleh membaca trek secara maya di jalan raya, sekali gus membolehkannya untuk mengemudi laluann sendiri secara automatik.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilapor berkata Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan itu memandangkan sistem pengangkutan awam bersepadu sememangnya perlu disediakan di Johor Bahru.

Related Posts

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

KUALA SELANGOR – Lebih 10,000 peluang pekerjaan termasuk jawatan profesional dengan tawaran gaji sehingga RM5,000 telah disediakan menerusi Karnival Jelajah JobCare Selangor yang bermula sejak April lalu. Pengurus Kes Sistem…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN