133 individu dapat geran tanah, 365 individu terima pampasan RM6.79 juta

SIBU – Seramai 133 individu menerima 157 surat hak milik tanah manakala 365 individu lagi menerima pampasan keseluruhan berjumlah RM6.79 juta bagi tiga projek pembangunan infrastruktur utama di kawasan Sibu.

Majlis penyerahan surat hak milik dan pampasan tersebut disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Rabu.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, penyerahan tersebut adalah sebahagian daripada pelaksanaan Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dilancarkan sejak tahun 2010.

“Sehingga 28 Februari 2025, sebanyak 1.19 juta hektar tanah telah disukat secara perimeter, manakala 935,760 hektar telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera.

“Lebih 98,000 lot individu telah berjaya diukur dan lebih 32,000 lot telah diberikan surat hak milik tanah,” katanya.

Di Sibu, penyerahan surat hak milik melibatkan dua kawasan utama iaitu kawasan Igu/Tamin, Selangau dengan 38 lot kepada 26 penerima dan Pasai Siong, Blok 20 dan 21 dengan 119 lot kepada 107 penerima.

Kesemua penerima merupakan komuniti Iban dan menerima surat hak milik secara percuma, bebas cukai serta berstatus kekal (perpetuity).

Dalam pada itu, sejumlah RM6.79 juta disalurkan sebagai pampasan kepada pemilik tanah terlibat dalam tiga projek pembangunan utama.

Ia merangkumi pampasan RM2.25 juta kepada 103 penerima bagi Projek Jalan Akses ke Transmission Line Baleh–Mapai 500kV, RM1.1 juta kepada 53 penerima bagi projek pembinaan jalan ke Rumah Jingga, David Multifarm, Rumah Seli, Rumah Guang dan SK Singat di Sungai Lengan, serta RM3.43 juta kepada 209 penerima bagi projek naik taraf Loji Rawatan Air Salim.

Awang Tengah menegaskan kerajaan Sarawak sentiasa memastikan setiap pengambilan tanah dibuat secara adil dan mengikut lunas undang-undang.

“Kerajaan tidak pernah mengambil tanah rakyat tanpa pampasan sewajarnya. Semua proses dilakukan berdasarkan penilaian semasa selaras dengan Kanun Tanah Negeri dan Perlembagaan Persekutuan,” tegas beliau.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat