Kerjasama UMNO-PH Sabah strategi bijak, bukan bahan lawak – Suhaimi

KOTA KINABALU – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menyifatkan kerjasama antara UMNO Sabah dan Pakatan Harapan (PH) Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) adalah strategi politik yang bijak.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Libaran dalam kenyataannya menyatakan pengumuman Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu mencetuskan pelbagai reaksi termasuk menjadikannya bahan lawak.

Katanya, ini termasuk dari dalam UMNO sendiri yang tampil menjelaskan bahawa tiada keputusan rasmi dibuat, manakala segelintir memilih untuk memperlekeh atau menjadikannya bahan jenaka.

“Dari sudut komunikasi politik, apa yang dilakukan oleh Ketua UMNO Sabah ialah penggunaan strategi persepsi politik pendekatan terancang untuk membentuk sentimen rakyat, menguji reaksi politik dan menguasai naratif media menjelang pilihan raya.

“Dengan membuka wacana tentang keterbukaan terhadap kerjasama khususnya dengan sebuah gabungan yang menguasai Kerajaan Persekutuan.

“UMNO Sabah sedang menghantar mesej bahawa parti ini masih relevan, fleksibel dan strategik dalam pendekatan politiknya. Ini bukan kenyataan rambang, ini mesej yang dikira dengan teliti,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu jelasnya, dalam dunia sains politik ini juga dikenali sebagai ‘agenda setting’ iaitu menukar tumpuan media dan rakyat daripada isu dalaman parti kepada kemungkinan kerjasama masa depan yang membawa harapan dan kestabilan.

“Ini membolehkan UMNO Sabah menguasai kitaran media, menyuntik semula semangat jentera parti dan mengukuhkan kedudukannya dalam landskap politik negeri dan nasional.

“Perlu difahami bahawa ungkapan seperti ‘pintu rundingan sentiasa terbuka’ bukan satu bentuk komitmen rasmi, tetapi alat komunikasi strategik untuk menilai reaksi akar umbi, membuka ruang rundingan dan mencipta kelebihan politik dalam rundingan yang akan datang.

“Sama ada kerjasama ini akan berlaku atau tidak adalah perkara kedua. Yang penting UMNO Sabah kembali dalam radar politik nasional perbualan media, perhatian rakyat dan pertimbangan parti-parti lain,” ujarnya.

Sementara itu, Suhaimi juga menegaskan kepada pihak yang memperlekeh strategi ini, harus mengetahui bahawa dalam politik hari ini, siapa yang menguasai persepsi, dia yang memacu momentum.

“Politik bukan tentang tunggu lampu hijau, pemimpin sebenar ialah mereka yang berani mencipta jalan baharu.

“Dan hari ini, UMNO Sabah sedang merintis laluan itu di bawah kepimpinan Datuk Seri Bung Moktar Radin,” tegasnya.

Related Posts

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan