Adik Harum Manis bukan dari Perlis – FAMA

KANGAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengesan taktik mengelirukan pembeli apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menjual mangga dari negara jiran menggunakan jenama Adik Harum Manis.

Pengarah FAMA negeri, Anzara Azizan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja mengelirukan pembeli malah mencemarkan nama harum manis yang menjadi ikon pertanian negeri Perlis.

“Buah mangga yang dijual dengan nama ‘Adik Harum Manis’ itu sebenarnya ialah mangga Nam Man dari negara jiran dan tidak mempunyai ciri fizikal harum manis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sidang akhbar mengenai pemantauan musim jualan harum manis di sini hari ini.

Menurutnya, FAMA menjalankan 14 operasi pemeriksaan bermula Januari hingga 15 April lalu dan mengeluarkan 61 notis pemeriksaan terhadap premis atas pelbagai kesalahan pelabelan, gred dan pembungkusan.

“Pemeriksaan termasuk di kira-kira 20 gerai jualan harum manis di sepanjang lebuh raya Kuala Perlis-Changlun untuk memastikan tidak ada unsur penipuan,” ujarnya.

Beliau berkata, pihak FAMA juga mengesan iklan jualan atas talian menawarkan harga tidak masuk akal seperti RM50 untuk dua kilogram harum manis dan tambahan satu kilogram percuma.

“Kami percaya ia adalah penipuan. Ada pegawai kami sendiri membuat pembayaran namun langsung tidak menerima buah tersebut,” katanya.

Tambah Anzara, pembeli perlu tahu membezakan antara harum manis tulen dan tiruan serta berhati-hati dengan tawaran murah yang mencurigakan.

“Orang ramai boleh membeli harum manis melalui aplikasi Agro Bazaar Online atau pembekal yang disahkan serta elakkan membeli daripada peniaga yang meragukan,” jelasnya.

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Program di bawah Geran Perpaduan Kementerian Perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16