Kaji semula kaedah pengiraan kadar kemiskinan mengikut realiti di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri disarankan untuk mengkaji semula kaedah pengiraan kadar kemiskinan yang digunakan di Sabah agar lebih selari dengan realiti kehidupan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, penilaian semasa dalam menentukan kadar kemiskinan mungkin tidak menggambarkan sepenuhnya keadaan sebenar yang dihadapi rakyat di negeri ini.

“Ukuran kemiskinan tidak seharusnya hanya bersandarkan kepada angka semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kos sara hidup sebenar di negeri ini.

“Ada keluarga yang mungkin melepasi garis kemiskinan dari sudut statistik, namun hakikatnya mereka masih hidup dalam kesusahan.

“Mereka mungkin tiada bekalan air bersih, tiada elektrik dan tiada akses kepada peluang ekonomi,” katanya semasa sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini pada Selasa.

Salleh turut menambah, kadangkala situasi di luar bandar menunjukkan keadaan yang tampak tidak selari dengan statistik kemiskinan.

“Di luar bandar, ada keluarga yang dikategorikan miskin, namun kita lihat rumah mereka ada dua atau tiga buah kereta, televisyen berbayar seperti Astro atau MyTV, dan pelbagai kemudahan lain. Ini menunjukkan kaedah pengiraan yang digunakan mungkin tidak tepat sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan pendekatan yang lebih holistik seperti ‘Multidimensional Poverty Index’ (MPI), yang mengambil kira pelbagai dimensi kemiskinan, bukan sekadar pendapatan semata-mata.

“Kita perlu mencipta kaedah baharu untuk menilai kemiskinan di Sabah. Keadaan di Semenanjung tidak sama dengan keadaan di Paitan, Pensiangan atau Banggi,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan pentingnya ketelusan dalam pengurusan data penerima bantuan seperti Bantuan Sabah Maju Jaya (SMJ) dan bantuan bulanan RM300 agar masyarakat dapat menilai kelayakan penerima dengan adil.

Salleh berharap kerajaan negeri akan meneliti semula dasar pengukuran kemiskinan dan menambah baik sistem penyampaian bantuan agar lebih tepat, adil serta berpaksikan realiti sebenar kehidupan rakyat Sabah.

Related Posts

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas 32.73 kilogram pil Erimin 5 bernilai RM3.3 juta serta menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat