ADUN mohon penyelesaian isu kelewatan projek pembangunan di Nabawan

NABAWAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin memohon agar isu kelewatan pelaksanaan projek-projek pembangunan di daerah berkenaan diselesaikan segera.

Katanya, antara isu yang dibangkitkan termasuklah penaiktarafan dua buah jambatan ke pekan Nabawan yang masih tiada perkembangan, serta penaiktarafan jalan gravel ke jalan konkrit dari Kampung (Kg) Pemunterian ke Kg Mesopoh.

“Dalam kesempatan sidang dewan kali ini, saya ingin bertanya kepada kementerian-kementerian yang berkaitan mengenai status dan isu kelewatan projek di kawasan saya.

“Apakah status terkini pembinaan bagi menaik taraf dua buah jambatan ke Pekan Nabawan kerana sudah lebih setahun berlalu, namun tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh kontraktor yang bertanggungjawab?

“Maklumat yang saya perolehi setakat ini menyatakan projek tersebut masih menunggu tindakan daripada pihak utiliti iaitu Sabah Electricity (SE) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk mengalihkan tiang elektrik dan paip jabatan air. Mengapa perkara seperti ini memakan masa begitu lama untuk diambil tindakan?” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau turut mempersoalkan status terkini penaiktarafan jalan gravel ke jalan konkrit dari Kg Pemunterian ke Kg Mesopoh.

“Cadangan saya, sekiranya terdapat kekangan untuk melaksanakan projek ini secara sekali gus, pembinaannya boleh dilaksanakan secara berfasa,” katanya.

Abdul Ghani juga membangkitkan isu hak pemilikan tanah melibatkan masyarakat Nabawan.

“Apakah status terkini hak milik masyarakat Nabawan ke atas lot-lot tanah di bawah Skim Nabawan, dan setakat ini berapakah keluasan lot-lot tanah yang telah dikeluarkan geran?” soalnya lagi.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kepada kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera berhubung isu banjir yang melanda daerah itu baru-baru ini.

“Cadangan saya, supaya pihak kerajaan menyenaraikan projek pembersihan, mendalam dan melebarkan Sungai Nabawan yang semakin cetek, disebabkan kemungkinan berlaku laluan air tersumbat serta runtuhan.

“Begitu juga di sepanjang Sungai Loggongon, dari Pagalungan hingga ke Kampung Bantul, Pagalungan yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia, perlu dilaksanakan kerja-kerja pembinaan tebing sungai, terutamanya di kawasan berhampiran perkampungan,” katanya.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

KUCHING – Polis Sarawak menahan lima lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api yang melibatkan beberapa kedai serbaneka di beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini. Pemangku Pesuruhjaya Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu