Lebih 15,000 unit kediaman PPR, RSK disewa secara haram

JOHOR BAHRU – Sebanyak 15,631 unit kediaman berbentuk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di negeri ini dikesan menjalankan perniagaan sewa atas sewa atau ‘sublet’, tunggakan sewa dan sambungan utiliti haram.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kesemua unit berkenaan membabitkan 22 perumahan terdiri daripada 15 buah PPR dan tujuh buah RSK.

Justeru kata beliau, pihaknya komited untuk mencegah perkara tersebut ekoran budaya sewa atas sewa disifatkan sebagai perbuatan tidak bermoral.

“Ia bukan sahaja salah daripada sudut perundangan, malah telah menafikan hak golongan sasar yang layak menerima manfaat untuk menduduki kediaman disediakan oleh kerajaan itu.
 
“Justeru, antara langkah jangka masa pendek yang sudah digerakkan Kerajaan Negeri termasuk pemeriksaan berkala pada waktu malam, merancang pelaksanaan sistem pagar perimeter dengan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) serta perjanjian baharu Lesen Menduduki Sementara (LPS),” katanya kepada portal Media Digital Johor.

Selain itu kata beliau, Kerajaan Johor turut melaksanakan penstrukturan semula kaedah pembayaran tunggakan sewa dan senarai hitam penyewa gagal menjelaskan bayaran yang bukan sahaja membebankan pengurusan PPR dan RSK, tetapi menjejaskan kerja-kerja penyelenggaraan aset perumahan.
 
Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 38 tawaran kerja naik taraf dan penyelenggaraan bagi PPR serta RSK sudah diiklankan sepanjang tahun ini, termasuk PPR Kempas, PPR Desa Mutiara, PPR Sri Stulang, PPR Melana Indah, PPR Perling, PPR Permas, PPR Tiram serta beberapa perumahan lain di Pontian, Kulai dan Kluang.

Related Posts

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

KUANTAN – Pengumuman kerajaan meluluskan peruntukan RM1.26 bilion kepada FELDA pada pembentangan Belanjawan 2027 semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan nasib warga peneroka. Dengan tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Sosioekonomi FELDA dipertingkat bersama Kerajaan MADANI

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Kerajaan MADANI bukti keperihatinan, buka ruang pembangunan Terengganu

Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Pengiat kreatif Sabah diseru manfaat Belanjawan 2027 – SAFVA

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

BKK RM1,500, Bantuan Awal Persekolahan naik RM200 legakan penjawat awam, ibu bapa

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah

Hampir 5,000 meriahkan Hari Sukan Negara peringkat Sabah