Laluan KLIA Terminal 2 tidak boleh diakses ketika lawatan negara Presiden China

PUTRAJAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 tidak dapat diakses pengguna jalan raya ketika tempoh penutupan jalan sementara – esok dan Khamis ini – sempena lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melalui hantaran di Facebook rasminya hari ini berkata, balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta KLIA Terminal 2 akan ditutup kepada kenderaan.

“Terminal 2 hanya boleh diakses melalui KLIA Transit dari Terminal 1. Penumpang yang tiba di Terminal 2 perlu menaiki KLIA Transit ke Terminal 1 untuk perjalanan seterusnya,” kata hantaran itu.

Penutupan jalan sepenuhnya dilaksanakan esok bermula jam 6 petang hingga jam 7 malam dan pada Khamis ini dari jam 8.50 pagi hingga jam 9.50 pagi membabitkan Lebuh KLIA, Lebuhraya ELITE, Lingkaran Putrajaya, Lebuh Putrajaya-Dengkil, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang dan Jalan P5.

MAHB menasihatkan semua penumpang merancang perjalanan mereka – menuju atau keluar dari lapangan terbang – di luar waktu penutupan jalan bagi mengelak kelewatan.

Sebagai alternatif, penumpang digalak menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dari KL Sentral ke Terminal 1 dan 2, atau KLIA Transit dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya dan Cyberjaya atau Salak Tinggi.

Bagi mereka yang perlu memandu, laluan alternatif disarankan adalah melalui Lebuhraya ELITE (E6)>keluar di Tol Serenia>Kota Warisan (Bulatan Masjid)>Jalan KLIA 1>Bulatan Charterfield>Terminal 1 KLIA (balai berlepas, ketibaan dan tempat letak kereta).

“KIta memohon kerjasama semua pihak mematuhi arahan dan merancang perjalanan dengan teliti bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang tempoh lawatan rasmi ini,” katanya.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka