Tiada keperluan tamatkan kontrak Kerjaya Kagum dalam Projek Empangan Ulu Padas – Hajiji

KOTA KINABALU – Isu menamatkan kontrak Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. sewajarnya tidak timbul berikutan syarikat berkenaan bukanlah kontraktor utama dalam projek Empangan Hidro Ulu Padas Tenom.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, syarikat itu hanya memegang 15 peratus pegangan saham dalam syarikat pemaju, iaitu Upper Padas Power Sdn. Bhd. manakala selebihnya dimiliki Gamuda Berhad dengan 45 peratus pegangan dan Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd, milik penuh Kerajaan Negeri Sabah, dengan 40 peratus pegangan saham.

Katanya, sebagai pemegang saham majoriti, Gamuda Berhad telah dilantik sebagai pemaju utama dan bertanggungjawab untuk mengetuai keseluruhan pelaksanaan projek berkenaan termasuk reka bentuk, pembinaan dan pengurusan pelaksanaan teknikal.

“Kerajaan Sabah percaya bahawa struktur sedia ada adalah yang paling sesuai dan stabil untuk menjamin kejayaan Projek Empangan Hidro Ulu Padas ini.

“Justeru, tiada keperluan untuk menamatkan sebarang penglibatan dalam kalangan pemegang saham sedia ada selagi projek ini dapat terus berjalan mengikut perancangan dan memberi manfaat jangka panjang kepada negeri dan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin sekiranya kerajaan mempertimbangkan menamatkan kontrak Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd dan menyerahkan projek Empangan itu kepada Gamuda yang lebih berkeupayaan, di persidangan DUN, di sini, pada Isnin.

Jelas Hajiji, menamatkan penglibatan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd tanpa asas yang kukuh bukan sahaja akan mengganggu struktur korporat sedia ada, tetapi berpotensi menjejaskan kelulusan pembiayaan, perjanjian teknikal, serta keyakinan pelabur terhadap projek-projek masa hadapan yang melibatkan perkongsian awam-swasta di Sabah.

“Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd merupakan antara pihak awal yang terlibat dalam proses inisiatif dan perancangan awal projek ini sejak tahun 2015.

“Walaupun kini hanya memegang saham minoriti, mereka masih memainkan peranan dalam kesinambungan pelaksanaan projek.

“Keterlibatan mereka juga perlu dilihat dalam konteks komitmen jangka panjang dan usaha awal untuk membawa projek ini ke tahap kelulusan dan pelaksanaan seperti yang sedang berlangsung hari ini,” jelasnya.

Menurut Hajiji, perkongsian ini juga telah mendapat kelulusan daripada pihak Energy Commission of Sabah dan sebarang perubahan besar seperti penamatan rakan kongsi perlu melalui proses penilaian perundangan, kewangan dan teknikal yang menyeluruh.

“Ini adalah satu proses yang panjang, memakan masa dan akan merugikan Kerajaan Negeri dan juga rakyat Sabah.

“Fokus Kerajaan Negeri pada ketika ini adalah untuk memastikan kelangsungan pelaksanaan projek tanpa gangguan agar manfaat tenaga dan air daripada empangan ini dapat dinikmati rakyat Sabah menjelang 2030 kelak,” tambahnya

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun