Pelajar UUM disaran kuasai empat bahasa untuk bersaing dalam pasaran kerja

KUBANG PASU – Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) disarankan menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa sebagai strategi penting untuk bersaing dalam pasaran kerja global yang semakin mencabar, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka sebagai graduan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, peluang menuntut di institusi pengajian tinggi perlu dimanfaatkan sepenuhnya, bukan sahaja untuk kecemerlangan akademik tetapi juga bagi membina keupayaan komunikasi pelbagai bahasa.

“Cuba kuasai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, Mandarin sebagai bahasa perdagangan dan Bahasa Arab, contohnya.

“Kalau kamu kuasai banyak bahasa, kamu tidak akan pernah salah. Semua majikan akan mencari pelajar UUM kerana kamu ada kelebihan itu. Universiti juga patut mewajibkan pelajar ambil empat bahasa. Saya percaya Tuhan jadikan otak kita tanpa had,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Program Outreach Bicara Kepimpinan: Memupuk Kepimpinan Masa Hadapan di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen UUM, semalam.

Johari dalam masa yang sama turut menasihatkan pelajar agar tidak hanya fokus pada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya turut membina kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi, jaringan antarabangsa dan nilai integriti.

“Kepimpinan bermula dengan keberanian keluar dari zon selesa. Kuasai bahasa, perluas jaringan dan jadilah pemimpin yang relevan dalam era digital,” katanya.

Menurutnya, lawatan sambil belajar ke luar negara juga perlu diperbanyakkan oleh pelajar UUM bagi meluaskan perspektif dan pengalaman.

“Mahu atau tidak, kamu kena keluar melihat dunia. Jangan terikat dengan sistem semata-mata,” ujarnya lagi.

Mengulas tentang akses pendidikan, beliau yakin bahawa perkembangan teknologi maklumat membolehkan semua pelajar, sama ada di bandar mahupun luar bandar, mempunyai peluang sama rata dalam menuntut ilmu.

“Akses internet sudah ada di kebanyakan tempat. Ia bergantung kepada bagaimana kita memanfaatkan teknologi itu. Tiada alasan lagi untuk tidak berjaya,” katanya.

Dalam sesi soal jawab bersama pelajar, Johari turut menasihati mereka yang bercita-cita menceburi dunia politik agar melengkapkan diri dengan pencapaian akademik yang cemerlang serta penampilan diri yang meyakinkan.

“Anda bukan sahaja akan ditanya oleh ribuan rakyat, tetapi juga oleh Tuhan apa yang telah anda lakukan ketika anda diberi kuasa? Jadilah wakil rakyat yang bijak dan bertanggungjawab,” katanya mengakhiri sesi tersebut.

Johari sebelum itu meluangkan masa mengunjungi Anjung Tamu UUM dengan diiringi oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohd Foad Sakdan serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed.

Related Posts

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru