Kontroversi isu tauliah mengajar agama, PN masih lemah tapis calon melawan kerajaan

TAPAH – Kontroversi yang melanda calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning memberi kelebihan kepada Barisan Nasional BN) dalam mempertahankan kubu kuat milik gabungan parti itu.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, tidak seharusnya calon pembangkang berdolak-dalik dalam menjawab dakwaan dirinya menipu dalam permohonan untuk mendapatkan tauliah mengajar agama di Perak.

Menurutnya, calon harus belajar menjadi matang dan tidak bersikap seperti ‘baling batu, sembunyi tangan’ dalam menangkis persepsi yang timbul dalam memastikan isu terbabit tidak menjadi kelemahan dalam pengundi menolak PN pada PRK kali ini.

“Dalam kempen, membongkar kelemahan bukanlah perkara yang pelik atau mengejutkan cuma apabila ada pihak yang terpalit dengan sesuatu isu itu, beliau kena jawab dalam kempen, walaupun isu seperti ini tidak akan sampai dibawa ke mahkamah.

“Di pihak pembangkang, kadang-kadang terdapat kelompongan dalam menapis calon dan apabila tidak teliti serta berhati-hati, akhirmya terbongkarlah kelemahan mereka yang menjadi kelebihan kepada calon kerajaan. Jadi, itu yang menjadi sejarah dalam politik Malaysia sejak darripada dahulu lagi,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas lanjut, Jamie memaklumkan kegagalan PN dalam memilih calon berkualiti bagi menghadapi pilihanraya adalah disebabkan perpecahan dalaman, khsususnya membabitkan Pas dan Bersatu yang tidak mampu disembunyikan lagi sehingga rakyat sendiri memilih untuk menolak gabungan parti terbabit.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Program Sains Politik, UKM berkata, ini kerana pembangkang ketika ini gagal memainkan peranan dan berfungsi bagi semak serta imbang kepada kerajaan Persekutuan yang ketika ini sekadar memainkan sentimen mahupun tuduhan melulu.

“Pembangkang sekarang tidak memiliki kekuatan untuk melawan Kerajaan Perpaduan sebab mereka ini diketuai oleh pemimpin yang mempunyai pengalaman dalam menyenaraikan nama calon yang terbaik bagi menghadapi pilihanraya. PN pula, antara Pas dan Bersatu itu sebenarnya tiada persefahaman dan mereka buat hal masing-masing.

“Ini menyebabkan mereka tiada hala tuju dan fokus jelas walaupun di Parlimen secara zahirnya melihat mereka bersama-sama mengkritik kerajaan. Sepatutnya Bersatu yang mempunyai pengalaman untuk memperkasa pembangkang kerana mereka juga adalah pemimpin dari bekas UMNO. Bila tiada semak dan imbang, berlakulah peletakan calon tangkap muat sehingga mereka sendiri yang menanggung malu.

“Kalau kita tengok pun sejak lebih kurang dua tahun kerajaan kepaduan ditubuhkan pembangkang tidak ada peranan dalam memberikan idea yang bernas. Kalau kita perhatikan PRK yang lepas seperti di Nenggiri dan Mahkota, calon BN menang bergaya. Justeru, kemungkinan BN boleh memenangi PRK Ayer Kuning, lebih-lebih lagi bila ada kontroversi dihadapi oleh calon PN,” katanya.

Terdahulu, calon PN bagi PRK Ayer Kuning, Abdul Muhaimin Malek mengambil sikap ‘mengunci mulut’ berhubung dakwaan menipu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi memperoleh tauliah mengajar agama.

Beliau ketika ditemui media komited menolak untuk mengulas isu melingkari dirinya berkait kontroversi memalsukan kelayakan akademik walaupun timbul persepsi negatif daripada pelbagai pihak, khususnya penduduk di Ayer Kuning.

Yang Dipertua Pas Tapah itu sebaliknya berkata, tuduhan itu hanyalah provokasi yang sengaja dicetuskan oleh pihak lawan bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap PN.

Related Posts

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029