Tiada tolak ansur pihak salah guna kuasa – Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau orang politik yang menyalahgunakan peruntukan kerajaan bagi kekayaan diri.

“Itu saya isytihar perang dengan mereka kerana kalau sistem ini tidak betul, dapat hasil banyak pun dia hilang kalau masing-masing nak kaya diri sendiri.

“Dia nak berniaga, dia berniaga tetapi kalau guna kedudukan dalam kerajaan, saya tidak izinkan.

“Ini jadi Perdana Menteri mesti kaya. Jadi Menteri Kewangan mesti kaya. Kalau ini, akan lingkup negara.

“Walaupun orang kata pilih kasih, itu bukan kerja saya sebab yang siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dakwa Peguam Negara dan yang putuskan adalah mahkamah.

“Saya dah lebih dua tahun jadi Perdana Menteri dan belum sekali pun bercakap dengan hakim dan campur urusan mahkamah,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI peringkat Kelantan di Pantai Irama, Bachok, Kelantan, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar