PRK DUN Ayer Kuning bermula hari ini

TAPAH – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Dewan Merdeka, di sini, pada Sabtu.

Bermula jam 9 pagi, bakal calon daripada parti yang bertanding termasuk calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC).

Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu.

Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon yang layak bertanding bagi PRK berkenaan.

Setakat ini, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir telah dinamakan sebagai calon dari BN, mewakili Kerajaan MADANI manakala Yang Dipertua Pas Tapah, Ustaz Abdul Muhaimin Malek mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, sekali lagi dipilih sebagai calon bagi mewakili parti tersebut.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April, sementara pengundian awal pada 22 April.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Ayer Kuning adalah seramai 66,318 orang terdiri daripada 31,897 pengundi biasa, 582 anggota polis serta pasangan.

Daripada 31,897 pemilih berdaftar, seramai 14,527 daripadanya terdiri daripada pengundi berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu; PRK DUN Kuala Kubu Baharu; PRK Sungai Bakap; PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota, Johor.

Sejumlah 1,114 pegawai dan anggota polis daripada kontinjen Perak akan bertugas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang bermula dengan proses penamaan calon esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, daripada jumlah itu, 778 pegawai dan anggota akan ditugaskan esok manakala 732 lagi sepanjang tempoh berkempen, sementara kesemua 1,114 pada hari mengundi.

Related Posts

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

PUTRAJAYA –  Peruntukan sebanyak RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 antara cadangan utama yang sedang diteliti kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 bagi memperkukuh sektor agrikomoditi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka