Tindakan pantas guna 60 pemadam api padam kebakaran dewan SK Amalania

LAHAD DATU – Tindakan pantas pengawal keselamatan bersama polis bantuan dan pekerja ladang menggunakan 60 pemadam api berjaya memadam kebakaran dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Amalania sebelum ketibaan pasukan bomba, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pukul 2.45 petang sebelum sepasukan empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah dewan sekolah jenis tidak kekal berukuran 100×20 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

“Api telah dipadam sepenuhnya dan Komander Operasi membuat pengesahan kebakaran selain memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Sumsoa, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi ditamatkan pukul 6.02 petang.

Related Posts

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MIRI – Ruang bandar yang kurang dimanfaatkan boleh diberikan fungsi baharu bagi mewujudkan kawasan komuniti lebih aktif serta menggalakkan kegiatan sukan, rekreasi dan interaksi sosial. Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027