Hubungan baik rakyat Malaysia mampu jadi contoh kepada negara lain

BUTTERWORTH – Hubungan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini berada dalam keadaan yang sangat baik apabila dapat berkumpul dalam sebuah majlis seperti Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Pulau Pinang hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada peringkat rakyat hari ini sebenarnya berada dalam keadaan penuh kasih sayang dan hormati-menghormati.

Menurutnya , rakyat juga tidak merasakan ketegangan untuk hidup bersama walaupun berlainan agama dan kaum.

“Orang Islam, bersama dengan orang Cina, India, Orang Asli boleh hidup bersama-sama untuk merayakan Aidilfitri dalam keadaan yang sangat aman, dengan penuh rasa kasih sayang dan hormat-menghormati.

“Tahniah rakyat Malaysia semua. Ini membuktikan apa? Ini membuktikan bahawa di peringkat rakyat, keadaan itu baik. Sama seperti saya pergi ke Bukit Mertajam tadi, keadaannya sama.

“Kita tidak ada ketegangan. Rakyat tidak merasakan itu. Masalahnya hanya apabila tokoh-tokoh politik yang sudah bankrap idea, dia hasut supaya (rakyat) benci satu sama lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA @Arena Butterworth hari ini.

Beliau juga turut meminta dan mahu melihat kepentingan serta kekuatan hubungan kaum di negara ini yang dibina sejak dahulu lagi dikekalkan.

“Kalau kita tengok hari ini, beberapa ribu orang Melayu, beberapa ribu orang Cina, beberapa ribu orang India, makan satu meja dan tidak ada rasa iri hati atau permusuhan.

“Saya minta rakyat, lihat kepentingan kita, kekuatan kita. Kerana tidak banyak negara yang mempunyai pelbagai kaum, yang boleh catat rekod seperti Malaysia.

“Pulau Pinang sebagai satu contoh. Mana ada negara, dengan masyarakat berbagai kaum yang boleh menjaga keharmonian. Sebab itu kita ‘salute’ orang Pulau Pinang, kita ‘salute’ rakyat Malaysia,” katanya.

Jelasnya lagi, hubungan rakyat yang baik dilihat membolehkan politik negara stabil sekali gus mencatatkan kepentingan ekonomi yang baik, bukan sahaja di Pulau Pinang malah seluruh negara.

“Kalau ditanya, untuk apa kita berpakat bersatu? Kerana politik ini stabil, rakyat pelbagai kaum bersama-sama, kita tumpu pembangunan. Maka kita catat kepentingan ekonomi yang baik di Pulau Pinang.

“Kita jadi pusat semikonduktor di Pulau Pinang, Johor, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Kulim (Kedah) dan Melaka.

“Sama juga seperti Sarawak dengan peralihan tenaga, hidrogen dan gasnya dan Sabah dengan strategi ekonomi biru mereka,” katanya.

Related Posts

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

PUTRAJAYA – Kerajaan mengarahkan Malaysia Aviation Group (MAG) menyemak semula protokol saringan latar belakang dan kesihatan juruterbang serta pembantu juruterbang, susulan penahanan seorang penolong juruterbang Malaysia Airlines (MAS) di Indonesia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

Kerajaan arah MAG semak semula saringan juruterbang, perketat keselamatan lapangan terbang

Peruntukan segera RM30,000 diluluskan bagi baik pulih jeti di Kampung Belukar

Peruntukan segera RM30,000 diluluskan bagi baik pulih jeti di Kampung Belukar

Kongres Nasional PKR 2026 himpun 5,500 perwakilan, pemerhati di Melaka

Kongres Nasional PKR 2026 himpun 5,500 perwakilan, pemerhati di Melaka

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan