Malaysia akan teliti ketidaktentuan dasar tarif AS dengan rakan ASEAN

MALAYSIA akan meneliti dan membincangkan ketidaktentuan dasar tarif Amerika Syarikat (AS) pada Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN pada Khamis (10 Mac).

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bagi membincangkan perubahan terkini yang dilaksanakan oleh AS.

Tengku Zafrul berkata, Malaysia juga mengalu-alukan keputusan berkenaan tetapi akan mengambil kira segala impak serta hala tuju perdagangan kepada ASEAN.

“AS sekali lagi mengubah dasar tarifnya, menangguhkan kenaikan untuk banyak negara tetapi meningkatkan tekanan ke atas China.

“Saya mengalu-alukan langkah ini, namun pada masa sama kita perlu mengakui ketidaktentuan ini menimbulkan persoalan tentang hala tuju perdagangan global dan impaknya kepada ASEAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Berdasarkan laporan antarabangsa, Presiden AS, Donald Trump, menangguh dan menurunkan kadar tarif baharu ke atas import semua rakan dagang AS kecuali China kepada 10 peratus selama 90 hari untuk membenarkan rundingan perdagangan dengan rakan dagangnya.

Trump mengumumkan penangguhan itu beberapa jam selepas barangan dari hampir 90 negara dikenakan tarif timbal balik yang lebih ketat oleh AS.

Bagaimanapun, di sebalik perkembangan terbaharu itu, Trump mengenakan cukai lebih tinggi ke atas China dalam apa yang kini menjadi konfrontasi berskala penuh antara dua ekonomi terbesar dunia.

Trump menaikkan tarif yang dikenakan ke atas import dari China kepada 125 peratus berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, beliau berkata negara sedang menilai kesan daripada perubahan itu dan akan terus bekerjasama dengan rakan anggota ASEAN.

Tengku Zafrul berkata, langkah itu diambil bagi memperkukuhkan ekonomi serantau dan menjaga hubungan perdagangan untuk terus stabil.

“Perpaduan ASEAN dan integrasi ekonomi serantau akan menjadi lebih penting berbanding sebelum ini, dan kami mengalu-alukan sokongan rakan yang berkongsi visi ini dan mahu melihat kita semua berjaya.

“Malaysia sentiasa menjadi dan akan terus menjadi rakan perdagangan dan pelaburan yang terbuka kepada semua negara, termasuk China dan Amerika Syarikat,” katanya.

Katanya, Malaysia akan lebih giat mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan dalam isu perdagangan AS.

“Malaysia juga akan meneruskan strategi sedia ada untuk mempelbagaikan perdagangan dan meneroka pasaran baharu, serta memperdalam hubungan dengan pasaran sedia ada, sebagai langkah berwaspada terhadap ketidaktentuan semasa.

“Kita juga akan meningkatkan usaha dalam agenda pembaharuan ekonomi negara untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing,” katanya.

Justeru, katanya, fokus utama Malaysia adalah menempuh landskap yang sentiasa berubah sambil menjaga kemakmuran ekonomi negara.

Tengku Zafrul berkata, keutamaan Malaysia adalah untuk mengharungi landskap yang sentiasa berubah ini sambil melindungi kemakmuran ekonomi negara.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok