Trump umum tarif 104 peratus produk dari China

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan tarif mengejut sebanyak 104 peratus ke atas semua barangan import dari China berkuat kuasa hari ini, umum Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt.

Ini adalah tambahan kepada tarif sedia ada terhadap China sebelum penggal kedua Trump bermula.

China pada asalnya dijangka menghadapi kenaikan tarif sebanyak 34 peratus sebagai sebahagian daripada pakej tarif ‘timbal balik’ Trump.

Bagaimanapun, Presiden Trump menambah lagi 50 peratus selepas Beijing tidak menarik balik janjinya untuk mengenakan tarif balas sebanyak 34 peratus ke atas barangan AS sebelum tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan tambahan tarif kepada 84 peratus.

Kementerian Perdagangan China semalam menyatakan mereka ‘tegas menentang’ tambahan tarif 50 peratus terhadap import China dan menyifatkannya sebagai ‘satu kesilapan di atas kesilapan’.

Kementerian itu berikrar akan meningkatkan tindakan balas mereka terhadap eksport AS.

Pasaran saham AS, yang melonjak pada pagi semalam mula menurun selepas kenyataan Leavitt.

Menjelang jam 3 petang waktu Timur, indeks Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500 semuanya berada dalam zon negatif.

“Negara seperti China yang memilih untuk membalas dan menggandakan layanan buruk mereka terhadap pekerja Amerika, sedang melakukan kesilapan,” kata Leavitt kepada wartawan.

“Presiden Trump memiliki keteguhan yang luar biasa dan beliau tidak akan berundur.

“China mahu membuat perjanjian, cuma mereka tidak tahu bagaimana,” tambahnya lagi.

Beliau juga enggan berkongsi sebarang syarat yang mungkin akan dipertimbangkan oleh Trump untuk menurunkan tarif ke atas China.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0