Cadang hapus peranan PM, mungkin Tengku Maimun kecewa tak disambung kontrak – MCW

PUTRAJAYA – Saranan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat agar peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim dihapuskan dilihat tidak tepat, dan hanya mahu mencetuskan polemik terhadap semangat perlembagaan serta prinsip kebertanggungjawaban awam.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim dan Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, undang-undang itu merupakan sistem semak dan imbang yang tidak boleh diganti dengan hanya tafsiran dari sebelah pihak selain Malaysia bukanlah negara mengamalkan kedaulatan badan kehakiman tetapi kedaulatan Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Artikel 4(1).

“Jangan politikkan kekecewaan peribadi. MCW berpandangan bahawa kenyataan Tun Tengku Maimun mungkin didorong oleh keputusan kerajaan untuk tidak menyambung kontrak beliau dan menolak calon-calon pilihannya untuk jawatan-jawatan tinggi dalam badan kehakiman.

“Adalah tidak wajar dan tidak beretika untuk menggunakan pentas antarabangsa bagi membangkitkan rasa tidak puas hati peribadi terhadap keputusan eksekutif yang dibuat secara sah menurut Perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Terdahulu, Tengku Maimun di Persidangan Undang-undang Komanwel ke-24 di Malta ketika berucap memaklumkan menghapuskan peranan perdana menteri dalam pelantikan hakim boleh membantu mengikis persepsi wujudnya pengaruh politik terhadap badan kehakiman.

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini terdapat cadangan supaya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 dan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengeluarkan peranan perdana menteri dalam proses pelantikan hakim.

Sehubungan itu, Jais berkata, memberi bayangan bahawa hanya institusi kehakiman yang bebas daripada pengaruh politik juga satu dakwaan berat tanpa bukti, sedangkan badan itu sendiri tidak telus dalam proses penilaian calon.

Beliau menegaskan, Tengku Maimun seharusnya sedar bahawa pelantikannya pada 2019 juga pernah dipersoalkan, susulan beliau bukan merupakan hakim paling senior pada tempoh tersebut.

“Adalah ironi apabila isu kekananan dijadikan hujah untuk membantah keputusan semasa. Kita tidak boleh mengubah prinsip ikut selera semasa atau apabila keadaan tidak memihak kepada kita. Sesuatu pelantikan ke jawatan tinggi dalam badan kehakiman bukanlah satu hak mutlak, tetapi satu amanah.

“MCW percaya bahawa mana-mana calon yang memiliki integriti, kelayakan dan rekod cemerlang wajar dipertimbangkan dan ini termasuk suara rakyat yang diwakili oleh kerajaan melalui Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Jais turut menggesa semua pihak menghormati semangat Perlembagaan dan menolak sebarang cubaan mewujudkan naratif seolah-olah hanya satu pihak yang suci dan kebal daripada kritikan.

Katanya, kebebasan kehakiman mesti disandarkan kepada integriti, ketelusan dan akauntabiliti, bukan dibentuk atas kepentingan peribadi atau kelompok tertentu.

“Jangan ulangi kesilapan 1988 dengan cara baharu. Jika dahulu badan kehakiman menjadi mangsa campur tangan eksekutif, kini MCW bimbang terdapat kecenderungan segelintir elit kehakiman untuk membina pengaruh tersendiri,

“Malah, tindakan terbabit hingga mencabar kuasa sah eksekutif dan memperlekeh institusi seperti Parlimen dan Kabinet. Ini juga satu bentuk penyalahgunaan kuasa yang perlu ditegur,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok