JPJ keluar lebih 60,000 saman sepanjang operasi khas Aidilfitri

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 61,317 notis pelbagai kesalahan sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 di seluruh negara yang bermula 24 Mac dan berakhir tengah malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata, notis terbabit dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Daripada jumlah itu, sebanyak 511 kenderaan disita. Ia hasil pemeriksaan ke atas 287,802 kenderaan di 353 kawasan ‘hotspot’ seluruh negara.

“Sepanjang tempoh operasi itu juga, JPJ menerima 6,687 aduan melalui Aplikasi MyJPJ berkaitan kesalahan lalu lintas pada musim perayaan ini, yang mana orang awam mengambil gambar atau merakam video kesalahan di jalan raya sebelum menghantarnya menerusi aplikasi berkenaan.

“Data menunjukkan tiga kesalahan utama yang tertinggi ialah memotong barisan (1,766), memandu di lorong kecemasan (1,625) dan gagal mematuhi lampu isyarat merah (843).

“Kita sudah mengambil tindakan berikutan semua aduan itu, termasuk mengeluarkan Notis 114 terhadap pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan,” katanya pada sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya terakhir Operasi Khas HRA 2025 diadakan JPJ Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Dalam operasi kali ini, Aedy Fadly berkata, JPJ turut memfokus kepada pemeriksaan kenderaan perkhidmatan awam membabitkan sejumlah 12,732 bas di 54 depoh serta 28 terminal utama seluruh negara.

“Pihak JPJ mengeluarkan 1,294 notis di mana 366 daripadanya melalui penguatkuasaan secara penyamaran dalam bas yang bergerak sepanjang musim perayaan ini.

“Kebanyakan kesalahan dilakukan pemandu bas adalah berkait tayar, dan tindakan segera sudah diambil termasuk mengenakan kompaun.

“Melalui penyamaran anggota JPJ dalam bas, dikesan banyak kesalahan pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Itu adalah kesalahan utama yang tiada kompromi, dan juga terus dikompaun.

“Sepanjang perjalanan, anggota JPJ yang menyamar mengetahui apa yang pemandu bas lakukan, termasuk memandu di lorong kanan secara berterusan dan memasuki lorong kecemasan. Pemandu terbabit terus mengaku bersalah kerana ada bukti,” katanya.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

PERMATANG PAUH – Anak muda dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan fahaman kebencian dan perpecahan kerana ia hanya akan melemahkan negara, sebaliknya mereka diminta bangkit sebagai satu pasukan untuk bersama-sama membina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha