Tiada peruntukan undang-undang wajib sambung kontrak Ketua Hakim – Aziz Bari

TIADA peruntukan dalam Perlembagaan negara tugas Ketua Hakim Negara wajib disambung sekiranya sudah tamat tempoh perkhidmatan.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, had umur Ketua Hakim ialah 65 tahun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan terpulang atas budi bicara kerajaan untuk menyambung secara kontrak selepas itu.

Justeru, beliau berkata, kerajaan mempunyai hak dalam mencadangkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu selepas perkhidmatan Tun Tengku Maimun Tuan Mat berakhir tidak lama lagi.

“Dalam dunia, termasuk Amerika Syarikat, pelantikan Ketua Hakim memang termasuk dalam perkara yang dikategorikan prerogatif eksekutif.

“Perdana Menteri yang memerintah kerajaan boleh mencadangkan Ketua Hakim yang baharu, ada hak prerogatif,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam urusan pelantikan hakim, Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan menyatakan, semua pelantikan hakim ke jawatan pentadbiran tertinggi hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Semakan di laman web Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) pula menunjukkan badan kehakiman mempunyai 29 hakim Mahkamah Rayuan, 73 hakim Mahkamah Tinggi dan 27 pesuruhjaya kehakiman.

Namun, Ketua Hakim Negara sebelum ini menjelaskan, tiada mana-mana pihak selain JAC dan Perdana Menteri yang boleh mencadangkan calon untuk pelantikan ke semua jawatan hakim mahkamah tertinggi.

“Pelantikan Hakim tidak termasuk dalam isu kebebasan kehakiman,” kata Abdul Aziz.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok