Pemuda MCA yakin BN menang PRK DUN Ayer Kuning, fokus tarik sokongan 21 peratus pengundi Cina

PUTRAJAYA – Pemuda MCA yakin calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir yang mewakili Kerajaan MADANI mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong berpandangan, perkara itu haruslah disusuli dengan usaha keras daripada jentera di semua peringkat parti-parti komponen kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, pihaknya komited untuk menarik kira-kira 21 peratus pengundi Cina memilih calon BN pada hari pengundian.

“Pemuda MCA mengingatkan jentera parti supaya tidak terlalu leka dan terlebih yakin sehingga melupakan perkara utama, iaitu memastikan semua pengundi keluar mengundi.

“Kita juga perlu memastikan pengundi menjadikan calon BN sebagai pilihan utama mereka,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Choo Seong memaklumkan pemuda MCA bersama Pemuda BN yang dipimpin Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh ketika ini sedang giat merangka serta menjalankan pelbagai aktiviti, khususnya mendekati golongan muda di Ayer Kuning.

“Pemuda MCA juga bersiap sedia menghadapi peperangan media sosial, termasuk menangkis segala serangan daripada pihak lawan sepanjang tempoh berkempen yang akan datang.

“Kita mahu suara anak muda sentiasa didengari pucuk pimpinan, sama ada di peringkat tempatan, negeri mahu pun nasional,” katanya.

Kelmarin, BN mengumumkan Dr Mohamad Yusri, 54, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah sebagai calon PRK Ayer Kuning.

Beliau dijangka berdepan dua saingan setakat ini, iaitu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abdul Muhaimin Malek, 43, dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

PRK Ayer Kuning diadakan selepas penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

Related Posts

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

KUCHING – Seramai 26,000 pemilik kenderaan komersial di Sarawak telah mendaftar di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat ini bagi memastikan kelancaran pengurusan bekalan bahan api tersebut. Pengarah Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

Kaji semula kuota diesel BUDI MADANI berdasarkan geografi Sarawak

Kaji semula kuota diesel BUDI MADANI berdasarkan geografi Sarawak

Lima warden Penjara Taiping mengaku tidak bersalah cederakan banduan

Lima warden Penjara Taiping mengaku tidak bersalah cederakan banduan

RM150,000 naik taraf jeti nelayan Kurung Tengar

RM150,000 naik taraf jeti nelayan Kurung Tengar

MPKL serah enam gerai pusat penyembelihan ayam baharu di Pasar Awam Banting

MPKL serah enam gerai pusat penyembelihan ayam baharu di Pasar Awam Banting