Tempoh gencatan senjata Myanmar perlu dilanjutkan

PUTRAJAYA – Negara-negara ASEAN – khususnya Malaysia – berharap pihak tentera yang memerintah Myanmar melanjutkan gencatan senjata melebihi tempoh diumumkan sebelum ini, agar bantuan dan pemulihan pasca gempa bumi boleh diteruskan.

Susulan gempa bumi dahsyat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar pada 28 Mac lalu, pihak junta mengumunkan gencatan senjata terhadap kumpulan penentang selama tiga minggu hingga 22 April ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia dan ASEAN mengalu-alukan pengumuman genjatan senjata itu.

Katanya, ia perlu dilanjutkan dengan mengambil kira tahap kemusnahan dan keperluan bantuan kemanusiaan jangka panjang untuk kesejahteraan rakyat Myanmar.

“Kita amat sukacita dengan pengumuman tersebut kerana dalam keadaan berkrisis begini, negara ini (Myanmar) menghadapi malapetaka.

“Jangan teruskan segala persengketaan. Paling penting bagaimana cara untuk rakyat Myanmar dapat diselamatkan dan memperoleh bantuan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Terdahulu, Mohamad dan rakan sejawatnya dari Thailand, Maris Sangiampongsa mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Myanmar susulan gempa bumi yang melanda wilayah tengah negara itu dan kawasan sekitarnya sehingga meragut ribuan nyawa.

Sepanjang misi itu, Mohamad dan Maris mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan Menteri Luar Myanmar, U Than Shwe.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, dalam pertemuan itu Mohamad bagi pihak ASEAN menyampaikan ucapan takziah dan sokongan tidak berbelah bahagi ASEAN kepada rakyat Myanmar.

“Beliau turut menegaskan komitmen kolektif ASEAN untuk terus menyalurkan bantuan segera, efektif dan sokongan jangka panjang bagi usaha pemulihan komuniti yang terjejas,” kata kenyataan itu.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara