Aktiviti berdekatan kawasan Petronas perlu ikut garis panduan – Shahelmey

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya mengingatkan semua pihak agar mematuhi segala keperluan yang ditetapkan sekiranya menjalankan sebarang aktiviti berdekatan atau melalui kawasan yang digazetkan milik Petronas.

Menurut Shahelmey, kalau di Sabah terdapat saluran gas yang menghubungkan Kimanis dengan Sarawak menjadi kawasan yang sangat berisiko tinggi.

“Sekiranya melibatkan aktiviti seperti ‘crossing’ (melintasi paip), perlu mendapatkan persetujuan daripada Petronas dan juga pihak berkuasa berkaitan.

“Jangan menceroboh ke kawasan yang berisiko tinggi. Oleh itu, kita menasihatkan semua kontraktor agar lebih berhati-hati,” katanya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi mengelakkan kejadian letupan gas seperti yang berlaku di Putra Heights daripada berulang di negeri ini.

Tambah beliau, risiko bukan hanya terhad kepada paip gas, tetapi juga melibatkan utiliti lain seperti elektrik, telekomunikasi dan bekalan air.

“Kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan perlu lebih peka terhadap kewujudan utiliti di sekitar kawasan pembinaan mereka,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Kerajaan Negeri Sabah di sini, pada Sabtu.

Mengulas mengenai majlis tersebut, beliau berkata, sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung yang memeriahkan suasana.

“Menariknya, seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan ini diraikan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, termasuk pelancong yang turut hadir bersama-sama meraikannya.

“Ini membuktikan semangat hormat-menghormati dan toleransi kaum masih subur di negeri ini dan perlu terus kita pelihara,” katanya.

Sebanyak 72 gerai dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10 pagi menawarkan pelbagai juadah raya sepanjang majlis berlangsung.

Related Posts

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat