Ribuan hadir Rumah Terbuka Hari Raya Kerajaan Sabah

KOTA KINABALU – Ribuan pengunjung pelbagai kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2025/1446H yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Sabtu.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin turut hadir bersama-sama dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan asnaf daripada sembilan institusi kebajikan sekitar Pantai Barat Sabah.

Hajiji dalam ucapannya mengajak rakyat menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai platform untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, tiga Timbalan Ketua Menteri serta barisan menteri Kabinet Negeri.

Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan dan pelbagai juadah tradisional seperti lemang, ketupat, sate serta kuih-muih raya.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24