Dua anjing Rottweiler cederakan lima mangsa dilupuskan

BALING – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah sudah melupuskan dua anjing Rottweiler yang menyerang lima mangsa di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam.

Pengarahnya, Dr Shaharul Amar Talib berkata, tindakan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada pemiliknya.

“Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian, pegawai veterinar yang bertugas bertindak melakukan pemeriksaan di rumah pemilik anjing.

“Dua anjing Rottweiler jantan berwarna hitam didapati belum dimandulkan, kedua-duanya sukar didekati.

“Bagaimanapun, pemilik anjing memberikan kerjasama dan menyerahkan anjing secara sukarela kepada petugas veterinar untuk tindakan selanjutnya serta bersetuju untuk dilupuskan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Shahrul berkata, sampel kedua-dua anjing juga sudah diambil dan dihantar ke Makmal Veterinar Bukit Tengah, Pulau Pinang untuk dianalisis bagi pengesanan penyakit Rabies.

Sebelum ini media melaporkan lima cedera selepas digigit dua anjing berkenaan yang terlepas daripada sangkar di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Kesemua mangsa menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan