DBKK keluarkan 33 kompaun bawah UUK tempat letak kereta

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan sebanyak 33 kompaun atas kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Tempat Letak Kereta dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di pekarangan sebuah pusat beli-belah di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan DBKK, pemeriksaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan mendapati masih terdapat ketidakpatuhan orang awam terhadap UUK Tempat Letak Kereta yang sedang berkuat kuasa.

“Warga bandar raya Kota Kinabalu diingatkan untuk sentiasa mematuhi UUK Tempat Letak Kereta dan tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dikhaskan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu sehingga boleh menyebabkan gangguan kepada aliran lalu lintas.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kenderaan yang diletakkan di kawasan yang hanya dikhaskan bagi menurunkan dan mengambil penumpang,” jelas kenyataan itu dalam hantaran di Facebook rasmi DBKK pada Khamis.

DBKK menegaskan bahawa pihaknya memandang serius perkara ini dan akan terus komited dalam melaksanakan pemantauan berkala di sekitar bandar raya bagi memastikan tahap pematuhan orang awam terhadap peraturan tempat letak kereta berada pada tahap terbaik.

Selain itu, DBKK turut menekankan bahawa tindakan penguatkuasaan ini bertujuan untuk mendidik serta meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menghormati dan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor