Letupan salur paip gas: KPT salur bantuan RM2,000 kepada penuntut terjejas

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyalurkan bantuan RM2,000 kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkesan susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights, kelmarin.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya telah mengenal pasti empat orang pelajar IPT terlibat dalam kemalangan tersebut namun dilaporkan dalam keadaan stabil dan dua daripadanya telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights.

Jelasnya, KPT telah menyelaras isi
bantuan di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) juga melalui Majlis
Sukarelawan Universiti Awam Malaysia (MASKUM) selain bekerjasama rapat
dengan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memastikan segala bantuan disalurkan secara tersusun dan berkesan.

“Sumbangan sebanyak RM2,000 oleh Yayasan Perkasa Siswa (YPS) kepada setiap empat empat oang pelajar IPT yang terkesan. Bantuan lain akan dinilai dan dimaklumkan kemudian.

“Pada masa sama, KPT juga mengaturkan sesi kaunseling dan sokongan psikologi kepada semua mangsa terutama yang
nengalami trauma, kebimbangan dan kerisauan,” katanya, pada Rabu.

Dalam pada itu, KPT turut memaklumkan,
pelajar yang terkesan itu turut diberi kelonggaran untuk lewat melakukan pendaftaran bagi semester baharu dijangka pada 7 April depan.

Jelasnya, pihaknya turut mengagihkan barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian, kit kebersihan diri dan keperluan asas akan diberi kepada kesemua mangsa di PPS.

“KPT juga menyediakan perkhidmatan klinik bergerak menerusi Konsortium Hospital Universiti Awam (KHUAM) kepada komuniti yang terjejas bagi memberikan rawatan kecemasan, pemeriksaan kesihatan dan sokongan perubatan kepada mangsa kebakaran yang memerlukan perhatian segera.

“Kementerian juga turut menggerakkan sukarelawan-sukarelawan dengan koordinasi bersama pihak berkuasa bagi
memastikan proses pasca pemulihan berjalan lancar selain bersedia untuk menyalurkan apa jua keperluan dan sokongan kepada mangsa.

“Ini terutama kepada pelajar Institusi
Pendidikan Tinggi (PT) yang terjejas. Semoga mangsa-mangsa yang ditimpa musibah agar bertabah serta sabar menghadapi dugaan dan ujian ini,” katanya.

  • Related Posts

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

    KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

    PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

    Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

    Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

    Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

    Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

    Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

    Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

    Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

    Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

    Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

    Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET