Prasarana sedia khidmat van perantara di Putra Heights

PUTRAJAYA – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan enam van perantara ‘pintu ke pintu’ percuma bagi membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights.

Menerusi satu kenyataan lewat malam tadi, Prasarana berkata, perkhidmatan menggunakan fasiliti van Rapid ‘KL On-Demand’ beroperasi mulai hari ini sehingga situasi kembali stabil.

Laluan yang beroperasi adalah dari Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Masjid Putra Heights ke kawasan perumahan persekitaran Putra Heights, Kampung Puchong Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru.

Selain kapten bas, pegawai pengawal trafik kanan dan polis bantuan akan turut ditempatkan di lokasi bagi membantu pergerakan komuniti dari dan hingga ke PPS, di samping memastikan perkhidmatan itu berjalan lancar.

Inisiatif ini bertujuan memudahkan pergerakan mangsa bagi mendapatkan
barang-barang keperluan serta dokumen peribadi mereka dari rumah masing-
masing, sementara mereka ditempatkan di PPS berkenaan.

Prasarana turut bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling bagi memastikan keperluan mobiliti mangsa diuruskan sebaik mungkin.

Prasarana bertekad memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan awam yang bukan sahaja bertumpu kepada mobiliti harian rakyat, malah juga tanggungjawab korporat dalam membantu komuniti memerlukan.

Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran itu.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun