‘Durian runtuh’ Syawal buat penerima SARA

REZEKI Syawal melimpahi penerima Sumbangan Tunai Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini berikutan peningkatan bantuan RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun lepas.

Ketika umat Islam sedang meraikan kemeriahan Aidilfitri, seorang penerima warga emas daripada Kelantan, Rosli Abd Ghani menyifatkan bantuan yang dikreditkan pada hari kedua sambutan perayaan berkenaan ibarat durian runtuh.

“Alhamdulillah, ini kali pertama saya terima bantuan SARA dan rezeki yang diperoleh ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian saya sekeluarga, termasuklah digunakan untuk musim perayaan Aidilfitri seperti membeli barangan keperluan harian dan biskut raya,” katanya.

Sementara itu, di Terengganu, penerima SARA Zakaria Awang, 49, berkata, bantuan tersebut meringankan poketnya yang mengeluarkan perbelanjaan sempena sambutan Aidilfitri.

Penerima SARA dari Melaka, Raziah Ismail, 32 pula menyifatkan bantuan yang diterimanya amat membantu perbelanjaannya sebagai suri rumah.

“Sebagai suri rumah dengan empat anak yang bersekolah, nilai RM200 itu amat besar untuk ringankan beban perbelanjaan harian seperti membeli minyak masak dan telur,” katanya.

Rata-rata penerima menyifatkan peningkatan jumlah bantuan SARA sebanyak 75 peratus pada tahun ini sekali gus membantu menampung perbelanjaan harian serta persekolahan anak-anak mereka.

Sementara itu, Mohd Badrul Rizaman Jusoh, 42, berkata, inisiatif SARA ini membantu ketua keluarga sepertinya dalam menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

“RM100 yang diterima juga akan digunakan untuk membeli minyak dan beras kerana itu keperluan utama keluarga kami yang mana setiap bulan hampir RM100 saya belanjakan untuk membeli barang asas berkenaan,” katanya.

Di Pulau Pinang, seorang penerima Mohd Hasbibollah Abdul, 48, berkata, dengan penerimaan bantuan SARA dapat membantu dia membeli barangan asas seperti minyak masak dan tepung.

Suri rumah dari Perlis, Robedah Nayan, 38, berkata dia berasa gembira dengan peningkatan bantuan kerana dapat meringankan kos perbelanjaan keluarga yang ditampung suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Di Sarawak, Minjon Pawang, 67, berkata, sebagai balu bantuan SARA ini sangat bermakna kerana dapat membantu perbelanjaan dirinya yang bergelar balu sejak 2022.

Penerima bantuan SARA di Sabah Frankey Geoffry, 50, menyifatkan Kerajaan MADANI sangat prihatin kepada rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.

Untuk rekod, Kementerian Kewangan pada 26 Mac lepas mengumumkan peluasan pelaksanaan SARA kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.

Related Posts

Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Izzah titip penghargaan dalam ucapan akhir sebagai Timbalan Presiden PKR

AYER KEROH – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyampaikan amanat akhirnya sebagai pemimpin nombor dua parti itu pada ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak