Remaja 17 tahun didakwa rogol teman wanita bawah umur

MIRI – Seorang remaja lelaki 17 tahun telah ditahan pihak polis kerana disyaki merogol teman wanitanya sehingga melahirkan seorang bayi lelaki.

Suspek yang ditahan oleh pihak polis pada 20 Mac 2025, sehari selepas laporan dibuat oleh bapa mangsa pada 19 Mac 2025. 

Penahanan tersebut dilakukan oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, di kawasan perkarangan Balai Polis Pusat Miri sekitar jam 1 petang.

Menurut fakta kes, mangsa telah melahirkan seorang bayi lelaki di wad bersalin Hospital Umum Miri pada 19 Mac lalu. 

Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mengetahui tentang kehamilan anaknya sehingga minggu sebelumnya, apabila mangsa sendiri memaklumkan perkara tersebut. 

Difahamkan, mangsa dan suspek berkawan sejak tahun 2022 dan mula menjalin hubungan cinta pada tahun 2024.

Dalam prosiding mahkamah pada 28 Mac 2025 (Jumaat), suspek dituduh di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan kesalahan rogol. 

Majistret Tuan Ashok Lingam telah menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan.

Suspek telah diarahkan oleh Mahkamah Majistret Miri untuk ditahan di Sekolah Pemulihan Tunas Bakti Kuching sehingga tarikh perbicaraan pada 19 April 2025.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor