PKR tangguh umum senarai calon layak tanding pemilihan

PENGIMUMAN senarai akhir calon dipilih untuk pemilihan cabang PKR membabitkan 222 cabang di seluruh negara ditangguhkan ke Isnin ini.

Jawatankuasa Pemilihan parti berkata, mereka sedang menyelesaikan semua aduan dan perkara berkaitan senarai pencalonan.

“Sehubungan itu, tarikh senarai akhir pencalonan di peringkat cabang akan ditangguhkan ke Isnin, 31 Mac 2025,” kata jawatankuasa dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, mengumumkan senarai akhir akan diumumkan semalam selepas Jawatankuasa Pemilihan meneliti proses bantahan dan rayuan terhadap calon.

Beliau dilaporkan berkata, proses pencalonan berlangsung antara 14 hingga 16 Mac, diikuti tempoh bantahan dari 18 hingga 20 Mac.

Selepas tempoh bantahan dan rayuan, jawatankuasa pemilihan akan mengumumkan senarai akhir pencalonan yang layak bertanding.

Pemilihan untuk jawatan di peringkat cabang, sayap wanita dan pemuda akan diadakan secara berperingkat antara 11 hingga 20 April manakala pemilihan cabang di seluruh Pahang akan diadakan pada 19 April.

Related Posts

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

SEMUA pihak diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mempunyai peranan yang sudah pun termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, ini termasuklah peranan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

KUCHING – Sarawak dan Sabah tetap menjadi ‘kingmaker’ dalam politik negara sekali gus menidakkan pandangan kedua-dua negeri ini akan hilang bisa sebagai penentu kerajaan pada peringkat kerajaan Persekutuan. Menteri Belia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan