Dua maut termasuk bayi enam bulan, kereta hilang kawalan

TELUPID – Seorang perempuan dan bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia akibat kenderaan dinaiki jenis Proton Saga FLX hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid, di sini pada Ahad. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, terdapat lima mangsa yang mengalami cedera ringan. 

“Terdapat tujuh orang mangsa terlibat iaitu empat dewasa, dua kanak-kanak dan seorang bayi. 

“Enam mangsa telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.  

Katanya, seorang mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke hospital menggunakan kenderaan PDRM. 

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud operasi ditamatkan pada pukul 8.30 pagi.

Related Posts

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

KUALA SELANGOR – Lebih 10,000 peluang pekerjaan termasuk jawatan profesional dengan tawaran gaji sehingga RM5,000 telah disediakan menerusi Karnival Jelajah JobCare Selangor yang bermula sejak April lalu. Pengurus Kes Sistem…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN