Sungai sumber utama kehidupan, utama kelestarian alam sekitar – Henry 

ENGKILILI – Semua pihak perlu sedar betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai kerana ia sumber kehidupan.

Timbalan Menteri Pengangkutan II (Sungai dan Laut) Sarawak, Datuk Henry Harry Jinep berkata, setiap tindakan yang kita ambil tanpa mengira kecil atau besar memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar.

“Saya bersyukur bilangan peserta semakin bertambah sekali gus membuktikan peningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kebersihan sungai,” ujar beliau.

Tambah beliau, setiap penglibatan peserta dalam program yang dianjurkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mencerminkan semangat dan kerjasama oleh masyarakat terhadap alam sekitar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan di Engkilili pada Jumaat.

Sementara itu, sebanyak 23 rumah panjang, tiga sekolah dan sebuah klinik di sekitar Ulu Skrang hadir ke Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan sungai di RH Velly Sungai Pinang Ulu Skrang.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Nyipa; ADUN Krian, Friday Belik; Pengawal Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Ding Tiew Wong serta ketua masyarakat dan ketua kaum daerah Engkilili. 

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula