Lima maut kemalangan empat kenderaan

TAYAR depan treler yang pecah hingga menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan, menjadi punca kemalangan menyebabkan lima maut termasuk pasangan suami isteri dan anak mereka di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS, dekat Kluang, Johor malam tadi.

Kemalangan jam 11.30 malam itu membabitkan empat kenderaan dengan dua daripadanya terbakar, turut menyebabkan lapan mangsa cedera termasuk tiga parah.

Mangsa yang maut adalah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stepwagon Spada, Nasaarudin Pardi, 36; isterinya, Siti Khazira Bani,35; dan anak mereka, Mariam,2, dari Kota Tinggi.

Dua lagi mangsa yang maut adalah pemandu kereta Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa,23, dari Nilai, Negeri Sembilan dan penumpang hadapan kereta itu berusia 20-an yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Nasaarudin dan Siti Khazira disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom, manakala Iklil Nuraudah, lelaki yang menumpang keretanya serta Mariam maut di lokasi kemalangan dengan semua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan berlaku apabila tayar hadapan kanan treler dipandu Abdul Rahman Muhammad Rashid Rajos,35, dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur pecah, menyebabkannya hilang kawalan dan bergesel dengan kereta Toyota Camry dipandu Ow Yang Meng yang berada di laluan sama.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan treler memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta dipandu Iklil Nuraudah dan Nasaarudin yang sedang dalam perjalanan menghala ke Johor Bahru.

Katanya, pertembungan itu juga menyebabkan kereta Nasaarudin terbakar sepenuhnya tetapi penumpang dan pemandu sempat dikeluarkan dari kenderaan sebelum api merebak.

“Dalam kejadian itu, tiga lagi anak Nasaarudin yang berusia masing-masing empat, tujuh dan sembilan tahun parah serta dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom untuk rawatan lanjut.

“Selain Abdul Rahman dan Yang Meng, tiga lagi mangsa yang cedera dan dirawat di hospital sama ialah penumpang kereta Toyota Camry, Ow Yang Jun,37; Soon Kim Ti, 25, dan Ow Yu Cheng,2,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Susulan kemalangan itu, Bahrin berkata, polis menahan Abdul Rahman untuk siasatan lanjut kes berkenaan dan setakat ini, ujian air kencing dilakukan terhadapnya adalah negatif.

Beliau berkata, identiti tiga anak Nasaarudin yang parah pula masih belum diketahui kerana dokumen diri terbakar bersama kenderaan dinaiki mereka.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok