Negara tidak bahagia kejayaan pembangkang

SERONOK benar Pas mengulas Laporan Kebahagiaan Dunia 2025 yang menyatakan bahawa Malaysia turun lima anak tangga ke kedudukan 64 berbanding 59 pada 2024.

“Benarkah Malaysia kurang bahagia?” tanya Pemuda Pas Malaysia dalam satu akaun media sosialnya.

Jawapannya benar dan hakikatnya itu bukan kegagalan Kerajaan Perpaduan sebaliknya kejayaan pembangkang.

Realitinya, pembangkanglah yang membawa negara ke arah kemerosotan dalam permasalahan ini.

Jangan marah, ya, Pas kalau itulah rumusannya kerana antara parameter penentuan kebahagiaan atau kesejahteraan negara ialah aspek pendapatan.

Dalam bab ini, kamu berjaya menyumbang ke arah ketidakbahagiaan kerana kamu tidak mahu menaikkan gaji guru PASTI sedang pihak lain terutama penjawat awam menikmatinya bermula tahun ini.

Kamu pula mendodoikan keresahan dan ketidakbahagiaan guru PASTI dengan lagu dan ‘janji Syurga’ – tidak naik gaji tidak mengapa asalkan kerja ikhlas.

Hebat kamu, Pas, kerana berjaya menutup keresahan dan ketidakbahagiaan guru PASTI dan itu disokong oleh walaun dengan gigihnya di media sosial.

Kata orang muda, itu mantul!

Satu lagi parameter penentuan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup ialah persepsi tehadap amalan rasuah.

Dalam aspek ini, Pas, kamu dan rakan sepembangkang berjaya menormalisasikan amalan rasuah, contohnya kamu dapat menghimpunkan rakyat ke ujana Istana Kehakiman bertemakan ‘Solidariti kepada Bossku’ beberapa bulan yang lalu.

Hebat, kamu, Pas, sambil memperbetul kedudukan kopiah, serban, atau jubah, sempat kamu mengubahkan semantik rasuah kepada sedekah!

Akibatnya, perkara yang haram telah kamu ubah bukan sahaja kepada harus, malahan ‘halalan toiyyiban’.

Itu mantul!

Untuk pengetahuan kamu, Pas dan rakan sepembangkang kamu, ada beberapa parameter lain dalam penentuan kesejahteraan kehidupan di sesebuah negara, antaranya sokongan sosial dan kebebasan kesihatan.

Pun begitu, cukuplah dahulu dua aspek ini disentuh namun yang pasti, kamu sememangnya unggul dalam bab tidak mensejahterakan kehidupan rakyat.

Syabas, Pas, untuk kamu dan rakan sepembangkang kamu!

Mantul!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil