OUM Kuantan, NCWO Pahang agih lebih 1,000 bekas bubur lambuk

KUANTAN – Sebanyak 1,200 bekas bubur lambuk diagihkan kepada penduduk sekitar Pantai Sepat, dekat sini, semalam.

Selain diedarkan kepada komuniti setempat, bubur lambuk hasil kerjasama Open University Malaysia (OUM) Kuantan dan Majlis Pertubuhan-pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) Pahang itu turut diagihkan kepada petugas hospital berhampiran.

Pengarah OUM Kuantan, Razalina Rashid berkata, program itu diadakan bersempena bulan Ramadan selain mengeratkan hubungan antara kakitangan dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

“Kita juga mengambil peluang dan keberkatan bulan Ramadan dengan turut membabitkan alumni OUM serta penduduk sekitar,” katanya.

Razalina memaklumkan, program memasak bubur lambuk itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) OUM Kuantan yang bakal menyambut ulang tahun ke-25, Ogos ini.

“Fokus CSR OUM Kuantan untuk sepanjang tahun ini adalah terhadap kelestarian alam sekitar, komuniti dan pendidikan,” jelasnya.

Program itu diadakan di perkarangan Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Permata Camar, Pantai Sepat.

Sementara itu, Pengerusi NCWO Pahang, Datuk Seri Maznah Mazlan turut hadir bersama kakitangan OUM Kuantan dalam program itu.

Beliau menyatakan rasa gembira dengan kolaborasi antara OUM Kuantan dan NCWO Pahang dalam menjayakan program terbabit.

“Kita mula bergotong-royong menyiapkan bahan untuk memasak bubur lambuk ini sejak jam 8 pagi.

“Saya sangat berpuas hati dengan kerjasama baik dan kesungguhan semua peserta dari OUM Kuantan dan juga wakil NCWO Pahang menjayakan program yang sangat bermakna,” katanya.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

Tangguh bayar PTPTN bantu stabil kewangan peminjam berpendapatan rendah – Adam Adli

Tangguh bayar PTPTN bantu stabil kewangan peminjam berpendapatan rendah – Adam Adli

PKR desak Nik Abduh tarik balik kenyataan, mohon maaf isu penghinaan al-Quran

PKR desak Nik Abduh tarik balik kenyataan, mohon maaf isu penghinaan al-Quran

Belum ada keputusan, rundingan kerjasama PH PRN Melaka masih berjalan

Belum ada keputusan, rundingan kerjasama PH PRN Melaka masih berjalan