Dua pelajar pondok maut kereta terbabas

KUANTAN – Dua lelaki warga emas yang juga penuntut sebuah institusi pondok di Chenor, dekat Maran, maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Felda Jengka 23, Bandar Pusat Jengka, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, dalam kemalangan dilaporkan jam 1.20 tengah hari itu, mangsa, Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, penumpang belakang kereta Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penumpang hadapan, Abd Aziz Othman, 73, pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Pemandu kereta, Jamaluddin Md Adam, 74, yang juga guru pondok dilaporkan cedera dan dirawat di Hospital Jengka,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Perodua Myvi dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Pondok Haji Bakri, Chenor, menghala ke Jengka 21.

“Ketika tiba di tempat kejadian kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam cerun dan melanggar pokok,” katanya.

Wong berkata, pihaknya kini sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, susulan maklumat diterima, enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Beliau berkata, anggota bomba bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan bagaimanapun salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak