Proses bina tamadun perlu masa, taat setia rakyat

TEMERLOH – Proses kemerdekaan Malaysia dan pembinaan tamadun tidak berlaku secara kebetulan.

Sebaliknya, ia adalah satu proses panjang dan memerlukan masa untuk menjadikan sesebuah negara itu matang.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, menjadi peranan setiap warganegara mempertahankan kerajaan dipilih secara demokrasi.

“Sebab itu saya tekankan mengenai sikap taat setia yang perlu ada dalam setiap rakyat.

“Kita bukan mempertahankan kerajaan berdasarkan parti politik tertentu kerana proses itu sudah berlaku ketika pilihan raya.

“Apabila kita sebutkan mengenai taat setia, bukan bermakna kita menyokong parti yang membentuk kerajaan, tetapi kita menyatakan taat setia kepada kerajaan yang ditubuhkan selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau ketika demikian ditemui selepas program Ihya’ Ramadan: Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja Wilayah Timur di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Taman Temerloh Jaya, dekat sini, malam tadi.

Beliau turut menekankan bahawa peranan JKOM bukan lagi tertakluk kepada gerak kerja lama dan perlu menyesuaikan diri dengan keperluan semasa.

Katanya, perubahan berlaku dengan pantas dan memerlukan tindakan segera dalam menangani isu serta permainan persepsi oleh pihak tertentu.

“Kita perlu mengakui cabaran media sosial dan kini kita hidup dalam zaman pasca normal.

“Zaman yang bukan lagi memberi kita ruang untuk bekerja secara ‘biasa-biasa’ dan sejarah akan menentukan siapa yang berkuasa dalam membentuk hala tuju negara,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerangka Malaysia MADANI diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar slogan, tetapi kesinambungan kepada proses panjang dalam membina negara bangsa bermaruah.

“Kerangka Malaysia MADANI adalah kesinambungan kepada kerja Perdana Menteri yang tertangguh sejak 26 tahun lalu.

“Selepas lebih dua tahun, kita berada dalam landasan untuk memperbetulkan tatakelola dalam hal tertentu… dan saya yakin dengan adanya KSN (Ketua Setiausaha Negara) – Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar – yang sangat komited dalam hal berkaitan tatakelola ini, kita sedang bergerak ke arah yang betul,” jelasnya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil