PRN17 Sabah: ESSCOM siap siaga, kawalan pastikan proses PRN berjalan lancar

TAWAU – Persediaan ESSCOM bersama agensi keselamatan lain sentiasa dalam tahap kukuh bagi memberi kawalan dan memastikan proses menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah berjalan lancar.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Polis Datuk Victor Sanjos berkata, bagaimanapun, setakat ini mereka masih menunggu penyelarasan seterusnya dalam menghadapi pilihan raya itu.

“ESSCOM bersama PDRM, ATM, Maritim serta rakan-rakan pasukan sahabat lain cuba memastikan kawalan, koordinasi  agar proses itu berjalan baik.

“Tapi yang ini kita akan tunggu koordinasi seterusnya apabila saatnya tiba ketika itu (semasa PRN17) dan pasukan keselamatan sentiasa memerhati, siap sedia untuk menangani sebarang perkara yang timbul, ” katanya kepada media selepas program Penerapan Nilai-nilai Murni dan Ihya Ramadan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-12 ESSCOM di Masjid Al-Falah Kampung Baru Pasir Putih, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Victor turut mengingatkan kepada pasukan yang bertugas untuk menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang penugasan.

“Saya bersama Datuk CEO ESSCOM dan pengurusan tertinggi ESSCOM amat mengharapkan kerjasama agensi dan pasukan keselamatan supaya sentiasa waspada dalam mengambil sebarang tindakan terutama dalam situasi musim perayaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, statistik kejayaan ESSCOM menunjukkan pasukan keselamatan itu sentiasa memastikan kawalan sempadan perairan Sabah terus dipertingkat.

“Dalam konteks jaga keamanan ini sudah tentu kerajaan ambil perhatian serius terhadap penambahan aset-aset supaya ESSCOM dapat laksana tugas dengan lebih cekap dan efisien.

“Selain itu, ia bukan hanya terletak pada pasukan keselamatan tapi juga peranan masyarakat setempat sebagai mata dan telinga pada kerajaan untuk beri maklumat.

“Tahap keselamatan di Sabah adalah terkawal dan saya percaya bukan sahaja ESSCOM, PDRM juga terus siap siaga pastikan keamanan dan keselamatan Sabah,” ujarnya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP