Kebolehpasaran graduan TVET capai 99 peratus – Fadhlina

SANDAKAN – Kebolehpasaran graduan dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) menunjukkan pencapaian memberangsangkan dengan mencecah 99 peratus dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kejayaan ini dicapai dengan kebanyakan graduan TVET yang sudah memperoleh pekerjaan sebelum tamat pengajian hasil daripada kemahiran yang mereka miliki.

“Perkembangan ini menunjukkan betapa tingginya permintaan terhadap kemahiran yang dimiliki oleh pelajar TVET. 

“Ia selaras unjuran kementerian agar perhatian ditumpukan pada bidang kemahiran ini supaya dapat membina kepakaran negara dengan kekuatan tenaga kerja sendiri, khususnya pelajar di peringkat vokasional. 

“Dan ini sedang diusahakan melalui pendidikan kolej vokasional,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kolej Vokasional Sandakan 2, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, dalam usaha untuk memperluaskan kesedaran mengenai kepentingan TVET, program Kolej Vokasional (KV) Insani akan diperluas di Sabah. 

“Program ini bagi menyampaikan mesej kepada ibu bapa untuk memilih TVET agar ia tidak lagi menjadi pilihan kedua.

“Supaya mesej dan keyakinan ibu bapa untuk memilih TVET ini menjadi keutamaan.

“Jadi program ini akan datang selari dengan kesedaran, pendidikan serta makluman kepada ibu bapa dan ahli masyarakat mengapa TVET ini penting,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fadhlina menggesa agar kolej vokasional tidak ketinggalan kerana tumpuan pada masa ini adalah TVET yang menyeluruh dan kursus-kursus relevan juga perlu diperhalusi supaya mengikut kehendak pasaran.

“Pemain industri juga memainkan peranan dalam membantu melihat kegiatan kokurikulum pendidikan yang wajar untuk diberikan perhatian supaya dapat menaik taraf kolej vokasional.

“Saya berharap kita akan dapat memaksimumkan kemasukan anak-anak Sabah ke kolej vokasional di Sandakan ini,” katanya.

Mengulas mengenai sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri, Fadhlina berkata, kementerian sedang mengambil langkah-langkah untuk membaiki dan memperbaiki keadaan sekolah-sekolah tersebut.

“Kerajaan turut menyalurkan bantuan untuk memastikan keselesaan pelajar terjaga.

“Selain itu, kementerian kini sedang menilai kos kerosakan yang terlibat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

“Secara keseluruhan, kami mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan isu-isu berkaitan banjir yang menjejaskan sekolah-sekolah diberi perhatian sewajarnya,” ujar beliau.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat