Malaysia Airlines tambah 60 pesawat baharu

BOEING mengumumkan bahawa Malaysia Aviation Group membuat tempahan sehingga 60 pesawat Boeing 737 MAX, lapor agensi berita Jerman dpa.

Tempahan itu merangkumi 18 jet 737-8 dan 12 jet 737-10, dengan pilihan untuk tambahan 30 pesawat lagi bagi memperbaharui armada ‘pesawat lorong tunggal’ Malaysia Airlines.

Penambahan pesawat baharu itu akan membantu syarikat penerbangan memperkenalkan tempat duduk baring mendatar serta memenuhi permintaan perjalanan di Asia Tenggara, pasaran penerbangan komersial yang berkembang pesat.

Armada pesawat di rantau ini dijangka meningkat hampir 250 peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Dengan lebih 50 jet 737 dalam armada Malaysia Airlines, pengenalan tambahan 737-8 dan 737-10 menawarkan keseragaman operasi serta kecekapan ekonomi terbaik bagi setiap tempat duduk dalam kelasnya.

“Ini sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon sebanyak 20 peratus,” menurut Boeing menerusi satu kenyataan.

Related Posts

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa